Saya merupakan anak yang pertama dalam keluarga saya. Kelahiran saya telah memberi rasa bahagia serta gembira kepada keluarga saya serta keluarga ibu bapa. Sejak kecil saya telah dijaga oleh datuk dan nenek saya. nenek dan datuk saya tinggal di Titi, sebuah kampung Cina yang kecil. Dalam memori saya semasa tinggal di kampung kecil itu, datuk saya sering membawa saya ke taman-taman permainan untuk bermain. Selepas balik dari taman permainan, datuk saya mesti akan membeli gula-gula yang berperisa Barli yang menjadi kegemaran saya sehingga hari ini. Saya terdapat pelbagai pengalaman yang unik semasa saya kecil. Saya pernah memanjat pokok rambutan untuk memetik rambutan. Saya tidak ingin menghadiri kelas tadika pada umur 4 tahun dengan membuatkan perbuatan yang pelik kepada datuk saya untuk menminta datuk saya supaya tidak menghantarkan saya ke tadika.
Selepas itu, saya telah berpindah untuk berhidup dengan ibu bapa saya di Semenyih. Saya terpaksa menghadiri tadika kerana tidak mempunyai perlindungan datuk. Saya terpaksa bangun pada 5 pagi untuk menaiki bus ke tadika dan balik pada 3 petang, kehidupan yang tidak cukup tidur merupakan masa yang terseksa kepada saya. Selepas melihat saya belajar secara tidak gembira, ibu bapa saya menukar saya kepada sebuah tadika yang mempunyai model yang kecil. Dalam tadika itu, terdapat beberapa ekor angsa yang sangat ganas sering mengejar saya yang bertubuh kecil. Dalam tadika saya telah menjumpai satu cikgu yang baik, dia sering mengajar saya serta menjaga saya dengan penuh kasih sayang. Cikgu ini telah memupuk imej guru yang baik dalam hati saya.
Saya telah memasuki Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Sin Ming. Saya merupakan pelajar yang biasa sahaja oleh itu tidak dapat menarik perhatian cikgu. Namun begitu terdapat satu cikgu yang meninggalkan pengaruh kuat kepada saya iaitu Cikgu Yap. Beliau telah menggalak saya menyertai pertandingan syarahan serta membimbing saya dalam akedemik. Dengan penjagaan beliau keputusan saya berkembang secara pantas, saya juga menjadi seorang yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi.
Selepas UPSR saya berjaya memasuki Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Yu Hua yang sukar dimasuki kerana dalam daerah Hulu Langat hanya terdapat sebuah sekolah menengah yang beraliran Cina. Dalam sekolah ini terdapat pelbagai activiti kokurikulum yang aktif. Sekolah kami mendapat sekolah menengah cemerlang dalam kokurikulum dalam Malaysia. Saya telah mencuba banyak aktiviti kelab serta persatuan, melalui penyertaan aktiviti kokurikulum saya dapat memperolehi banyak ilmu pengetahuan yang tidak dapat dipelajari dalam buku teks. Kelab Bahasa Cina merupakan kelab yang paling aktif serta berkualiti di sekolah saya. Hal ini berlaku kerana cikgu penasihat merupakan guru yang bertanggungjawab serta sangat cinta dalam kerja memartabatkan budaya orang Cina. Beliau akan memastikan setiap activiti dilaksanakan dengan sempurna dan lancar. Walaupun saya tidak menjadi jawatankuasa kelab Bahasa Cina, namun saya memang menghormati cikgu ini dan berharap saya akn menjadi seorang guru seperti beliau pada masa depan.
Setelah menduduki SPM saya telah menyertai Program Latihan Khidmat Negara. melalui program ini saya telah menyenali banyak kawan-kawan yang baik serta saling menghormati. Selain itu, melalui program ini saya telah mempelajari cara untuk bergaul dengan kawan-kawan dari kaum lain. hal ini demikian kerana sejak kecil saya hidup dalam masyarakat Cina sahaja. Dalam masa tiga bulan ini, saya telah memikirkan masa depan saya dan mengumpulkan maklumat tentang masa depan.
Selepas pengumuman keputusan SPM saya telah banyak memikir tentang pekerjaan saya pada masa depan. sebenarnya saya mempunyai dua pilihan yang saya minat iaitu paling minat adalah terapi pertuturan yang mengajar kanak-kanak berkeperluan khas untuk bercakap serta berkomunikasi dengan pihak lain. pilihan kedua ialah jurutera kerana fizik saya baik dan bapa saya merupakan jurutera yang baik. akhirnya, saya mendapat khusus kejuruteraan dari universiti tempatan serta swasta, tetapi saya memilih untuk menolak kerana saya tidak mempunyai keminatan yang besar dalam kejuruteraan. Selepas itu, saya tidak dapat tawaran untuk mengambil kursus terapi pertuturan di UKM dan Taiwan.
Oleh itu, saya menerima tawaran Institusi Penguruan ini kerana saya ingin membantu kanak-kanak berkeperluan khas secara efektif. Sebenarnya, cikgu bukan cita-cita saya sejak kecil namun saya telah memasuki dan menjadi guru persediaan. Sememangnya, sepupu saya yang bermasalah Autism Spectrum Disorder merupakan faktor yang paling utama saya menduduki khusus ini kerana saya menjaga dia sejak kecil dan saya telah merasai perasaan seorang ibu berkeperluan khas.
Di atas merupakan perjalanan hidup saya. harap pembaca dapat mengenali saya dan berusaha membantu kanak-kanak masalah pembelajaran. harap semua pembaca tidak akan menggunakan maklumat ini untuk membuat sesuatu yang tidak baik. : )