BIODATA

      Selamat datang dan salam sejahtera. Nama saya Tor Lu Yen merupakan pelajar unit P2 dari Institusi Pendidikan pengguruan kampus Ipoh. Saya berasal daripada Semenyih,Selangor. Saya berlahir pada 4 November 1995 di sebuah hospital di Kuala Lumpur.   

       Saya belajar di SJK(C) Sin Ming sebuah sekolah rendah yang beraliran Cina. Setelah menghabiskan pelajaran di Sin Ming, dengan keputusan yang cemerlang saya berjaya memasuki Sekolah Menengah Yu Hua. Sekolah Menengah ini hanya dibuka kepada pelajar yang mempunyai keputusan cemerlang dalam akedemik atau kokurikulum.  

       Keluarga saya merupakan sebuah keluarga yang bahagia. Saya mempunyai ibu bapa yang mencurah kasih sayang yang mencukupi dalam pembesaran saya. Saya mempunyai seorang adik yang comel dan sering melakukan benda-benda yang sangat istimewa. 

       Saya suka makanan yang pedas serta masam terutamanya tom yam. Warna yang saya suka ialah warna Biru, Ungu dan Putih. Hobi saya adalah menonton korean drama serta menyertai kem-kem. Saya sangat suka bermain dengan kanak-kanak, oleh itu, saya berpilih untuk menjadi seorang guru.

      Tokoh yang saya minati ialah Master Zheng Yan, beliau merupakan seorang wanita yang membantu orang-orang yang bersusah atau mengalami bencan alam. Beliau akan menggunakan pelbagai cara untuk membantu orang susah tanpa mendapat apapun. Saya bercita-cita untuk menjadi seperti beliau supaya masyarakat akan saling membantun serta menghormati.